About

ijah raya

About me and my family…l’m the shortest in the family ~~

Saya adalah seorang ibu kepada lima anak terdiri dari 3 lelaki dan 2 perempuan. My eldest merupakan anak bujang kini berumur 27 tahun and my youngest perempuan berumur 15 tahun. Sebenarnya beranak 5 adalah sesuatu yang hebat buat diri saya kerana saya adalah  seorang yang sangat alah (hyperemesis gravidarum) ketika mengandung, mengikut Dr Suhaimi, myGyne di Pusrawi pada tahun 1986, kes saya 1 dalam 10000.

Setiap kali mengandung mulai kandungan berusia 1.5 bulan saya mulai tidak lalu makan dan minum langsung. Pada masa yang sama tetap mengalami loya dan muntah, so tidak ada apa yang keluar melainkan cecair kuning yang pahit.

Pusrawi ketika itu merupakan rumah kedua saya, ini berlarutanlah sehingga kandungan menjangkau 4.5 bulan.

Berat saya terus menurun semasa mengandung sehingga kandungan berusia 8 bulan, tetapi mengikut doktor kandungan saya normal cuma lemak lama-lama yang pecah untuk energy.

IMG10_0003

Selepas beberapa bulan melahirkan anak pertama, muka masih pucat…dan iuga gelap dibawah mata….

Pada ketika ini saya merasa betul-betul seperti mayat bernyawa…baring sampai paha melecet kerana terlalu lama dan badan pun kurus sangat.

Setelah melahirkan anak keempat, saya telah membuat keputusan untuk tidak akan mengandung lagi kerana tak sanggup lagi menjalani proses mengandung yang memang sama patern nya. Saya tidak mengambil sebarang rawatan doktor untuk mengelakkan kandungan cuma mengira waktu kesuburan berdasarkan waktu haid.

 

Umur Tiga Puluhan Terasa seakan Lima Puluhan

Ketika itu saya berumur dalam lingkungan 34 tahun dan mungkin disebabkan kekurangan zat yang teruk saya mengalami masalah sakit badan yang serius dan amat kurang bertenaga. Selalu akan pergi kepada tukang urut mencari penyelesaian masalah,tapi lepas urut sakit semula. Mula merasakan semua tukang urut tak pandai…hehe..

with my parents

 Masa anak tiga bersama arwah ayah dan mak

Saya mula terfikir, kalau pada umur begini saya merasakan energi saya seperti 50an, bagaimana apabila saya berumur 50an nanti yer…tapi apa yang harus saya lakukan? Tiba-tiba saya teringat seorang kakak yang saya rapat masa diofis lama dulu…dia ada 4 anak lelaki, dia saja perempuan dirumahnya dan dia jenis berfikiran walaupun bekerja, dirumah dia tetap kena jadi isteri dan ibu terbaik, dia uruskan semuanya, tapi tetap bertenaga dan saya selalu perhatikan dia mengambil banyak jenis vitamin setiap lepas makan tengahari.

 

Maka saya mula terfikir untuk buat kajian tentang vitamin. Dipendekkan cerita saya dipertemukan dengan sesaorang ejen vitamin yang menyatakan Pemilik syarikat yang dia wakili adalah Orang Pertama Mencipta Vitamin dan Kajian Beliau Bertepatan dengan Alam Semulajadi, Beliau Percaya Apabila Sesuatu Itu Berharmoni Dengan Alam Semulajadi, lanya Adalah Baik Untuk Kesihatan…STATEMENT tersebut terus memberi saya satu keyakinan untuk mencuba produk dan untuk mendapatkan harga ahli, saya mendaftar sebagai ejen…

 

Saya diberikan Checklist Kesihatan untuk mengetahui jenis-jenis kekurangan zat yang saya alami dan saya pun bersetuju untuk membuat pembelian. Setelah mendapat produk saya mula mencuba tetapi kurang berdisiplin sehingga saya diajak untuk mendengar penerangan produk dan sains dibelakang produk-produk shaklee. Setelah mendengar taklimat produk saya merasa sungguh yakin dan hilang rasa EGO terhadap bidang ini. Saya mula faham vitamin adalah sebenarnya satu bidang ilmu yang luas dan tersendiri. Sangat perlu diketahui olih sesiapa yang ingin menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga secara semulajadi.

buckingham palace

Perut 7 bulan anak ke 4, kurus sebab baru 2-3 bulan bangun dari alahan mengandung, 1993.

 

Rupanya bersama penemuan produk vitamin saya ini saya juga telah dikurniakan rezeki seorang lagi cahayamata yang tidak saya sangka, mungkin disebabkan berlaku perubahan waktu subur setelah mengambil produk Shaklee. Walaupun tidak dirancang saya tetap bersyukur dan mengharapkan kalau boleh biarlah seorang anak perempuan. Alhamdulillah saya telah selamat melahirkan  seorang anak perempuan yang comel (di mata si ibu) yang panjang ie 51 cm,kebiasaan panjang bayi 47-49 cm,  long and slim, sampai besar  tall and slim… .

 ikaibu

Bersama anak kelima pada tahun 2005~~baby ‘Shaklee’~~

 

Pengalaman saya menggunakan set berpantang Shaklee sangat lah Fantastik, menyebabkan kesihatan saya pulih dengan begitu cepat sekali berbanding sebelum-sebelum ini. Yang ketaranya dalam masa 2 minggu kawan-kawan yang ziarah mengatakan muka saya dah merah semula tidak seperti wanita dalam pantang anak kelima berbanding dulu dua bualan masih pucat lagi.

 

Yang paling istimewa dan mengujakankan sekali,  pertama kalinya saya mampu menyusukan bayi saya dengan susu badan sepenuhnya. Ke empat-empat baby sebelum ni, susu memang tak berapa ada dan tak lancar dan amat menyakitkan, so memang dikira gagal dan susu kering semasa dalam pantang. Sebelum ini saya mengira saya memang tidak mampu menyusukan, tetapi ternyata saya adalah normal cuma disebabkan kekurangan kalsium yang ketara dan lain-lain zat menyebabkan terjadinya masalah tersebut.

 

Kesihatan baby pula kali ni memang berbeza, kalau dulu membesar guna susu lembu, banyak sekali masalah-masalah seperti demam, cirit birit, kembung dsb, maka si ibu pun kerap lah MC, ubat pun bermacam-macam warna yang doktor akan preskrip, tapi anak kelima ni Alhamdulillah tak pernah ke klinik sehingga berumur 2 tahun dimana satu nurseri dijangkiti chicken pox, my baby paling lambat kena dan paling cepat sembuh, dalam masa 4-5 hari sahaja dan tak banyak..kalau setakat selsema siang hari, sepanjang malam menyusu, keesokkan pagi kering dengan sendirinya, dengan syarat si ibu which is me..tidak mengabaikan my supplemen. This is really my success story about set berpantang Shaklee.

ijah itm 1

Masa kat uitm 1982, tembam…akhirnya doktor kata pecah lemak lama-lama untuk tenaga, sebab tak boleh makan…

 

Kesimpulannya, Alhamdulillah sehingga hari ini saya dapat mengurangkan penggunaan ubat-ubatan dirumah, kerana agak kurang masalah kesihatan, walaupun kedua ibu dan bapa saya penghidap pelbagai jenis penyakit, akhir sekali my late mother mengalami masalah kegagalan buah pinggang kerana kesan sampingan ubat-ubatan kuat yang diambilnya. lnsyaa Allah penyakit keturunan mengikut statistis cuma 20% sahaja, selebihnya ialah penyakit gaya hidup, sekiranya gaya hidup kita sama seperti kedua ibu bapa kita maka penyakitnya juga seakan-akan sama.

Perbezaan antara saya dan kedua ibubapa saya rasanya cuma pada pengambilan vitamin-vitamin sahaja, almarhum ayah saya memang pergi lebih awal sebelum saya mengenali vitamin saya, manakala almarhumah ibu sudahpun mempunyai terlalu banyak penyakit ketika itu, dan apabila dia mengambil vitamin diperingkat awal ada proses dipanggil “healing Crisis” beliau terus panik dan enggan meneruskannya…

 

Pada anak-anak dan suami, biasanya saya menyediakan beberapa vitamin yang berkaitan didalam piring masing-masing disebelah mereka, maka barulah mereka makan, sekiranya saya baik hati, hehe… Mengharapkan mereka mengambil sendiri dari botol susah lah sedikit walaupun mereka mengakui ianya membantu masalah asma, selsema, sembelit, kembung, sakit badan, stress, gelgata, daya fokas untuk belajar, dsb

Walaubagaimanapun saya tetap menunjukkan sikap berdisiplin dan memaklumkan kegunaan setiap produk agar anak-anak memahami bagaimana produk berperanan dalam badan kita dan dapat menyesuaikan diwaktu-waktu yang berkenaan.

Tetapi bagaimana pun jua hebatnya sesuatu produk tersebut berdasarkan R&D dan sebagainya, segala nya berlaku adalah atas kehendak dan izin Allah jua, Kita hanya merancang dan berikhtiar, Allah jua yang menentukan…semoga diperkenankan Ya Allah keatas kami dan kaum keluarga dan sekian kaum Muslimin dan Muslimat, kesihatan yang baik  dan mampu pula dimanfaatkan kearah kebaikan dunia dan akhirat, Amin Ya Rabbal Alamin…

ibu2

My latest photo taken on 29/6/2013 ( 51 tahun )…alhamdulillah tidak mengalami sebarang penyakit keturunan keluarga dan telah mengamalkan shaklee produk lebih 16 tahun…kedatangan umur 50an yang saya khuatiri dahulu is not that bad actually….saya amat bersyukur. sebab dipertemukan dengan produk shaklee…anak dah 15 tahun, badan pun dah naik semula..hihihi

Video temubual dengan pemilik blog Vitaminibu.com dan saya…

22 thoughts on “About

  1. Pingback: Lecithin Soya

  2. Pingback: Set Bersalin Terbaik

  3. Pingback: Set bersalin yang murah, bagus, elok, terbaik, best dan berkesan di Malaysia - Page 2

  4. Pingback: Set Bersalin Shaklee – Testimonial pengguna sejak 1997

  5. Pingback: Shaklee, Kesihatan, Kecantikkan dan Kebebasan Kewangan. | Ejaz Beauty Lounge

  6. Pingback: Testimoni Set Bersalin Shaklee - Pengalaman saya sejak 1997 | Ejaz Beauty Lounge

  7. Pingback: Shaklee Portable Water Filter @ Get Clean® Water Pitcher | Ejaz Beauty Lounge

  8. salam Mak Uda, sungguh2 teruja saya baca coretan ini, corak dugaan hidup yang lebih kurang sama (badan saki2, anak keluar masuk wad…uminye pun hu hu). InsyaAllah saya akan cuba aplikasikan corak penganbilan supplemen Shaklee juga dalam keluarga kami. Mana tahu ada rezeki baby Shaklee jugak kan? he he

    Salam Ukhwah 🙂

  9. sya ada anak perempuan berumur 15 tahun.
    anak sya ade asthma dan ekzema tapi tak leh teruk
    anak sya seorang yg punyai kulit muka yg kusam dan tona kulit tak sekata sbb kerap berjemur di luar kerana setiap ptg perlu berada di padang.
    if dia bercuti sek bulan nov dan dec, kulitnya cantik putih dan bersih sbb tak kena lansung matahari.
    bila waktu persekolahan bermula, mulalah kulitnya gelap kusam dan tona kulit tak sekata.
    jearwat adalah sikit sikit je dimukanya.

    saya tak suka tengok muaka anak sya yg kusam and gelap tuuu
    apa vit yg perlu diamalkan

    • Vitamin untuk kulit yang cantik ialah vit antioksidan iaitu set A ; ACE + b complex, atau set B vivix super antioksidant, untuk mengelak sunburn the whole body ambik 2 capsul coq health sehari…

      eczema and asthma juga indicate dia perlukan vit tinggi antioksidant…wallahu’alam..lnsyallah

  10. As ‘salam,penggunaa skhelee ni berapa lama kesannya..sebab saya menggunakan skhelee baru 1 bulan tapi tiada kesan yang positif…badan masih lagi terasa letih

    • Assalam, biasa 1st week mungkin to some peoples ada healing crisis, but 2nd week biasa dah mula dpt kesan positif, tp tertakluk pd produk yg diambil, tanda2 kekurangan zat individu, cara dan kuantiti yg diperlukan…

  11. As Salam, selepas banyak membaca pasal all the vitamins and shaklee di sini, Rasanya pd usia saya yg langsung tak pernah mkn vitamin ni kenalah Mulakan Skrg ya…tapi tengokkan amway vitamin so big the size, memang menakutkan… Shaklee vitamins in soft gel..? Kalau nak join as a member in Wangsa Maju outlet, Macamana…? Just go there and inform them your name…?

  12. Slm puan..boleh x kiranya saya jadikan puan sbg testimoni consumer tegar shaklee? Sy silent reader blog puan..suke sgt2 baca ttg pelbagai info yg puan beri di blog ni..

  13. Slm Puan..ank sy 2 thn dan baby 7 bln mpunyai masalah selepas suntikan bcg..(both diagnosis disseminated bcg.)ade benjolan area leher, blakang telinga, bawah ketiak.kmungkinan brpunca drpd imun yg x kuat.Adakah produk nutriferon ni sesuai dgunakan utk knk2?tq

    • wslm, ntriferon sesuai unyuk kanak2 seawal setahun sukatan ikut keperluan, 1/2 stick pg n 1/2 ptg, plus mealshake, tp nutriferon xde skrg…blh gnti esp dulu…

  14. Pingback: Tips Melancong Ke Korea - Pengedar Shaklee di Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*