Kisah Appendix Ku Pecah

Assalamualaikum semua yang follow blog saya..

Lama saya tak update blog ni, kebetulan sebelom tu ada beberapa urusan bisnes keluarga di luar daerah, internet tak stabil, dah selesai urusan sepatutnya nak bercuti, saya kena sakit perut …

Kisah Appendix Ku pecah

Pada 18 Disember perut rasa macam tak selesa ingat angin, makan lah alfalfa dan herblax sikit tapi makin teruk pulak, mintak anak buatkan esp tak lega juga, biasa kalau food poisoning minum esp sekejap dah ok.

Ini tak lama lepas minum esp terus muntah, perut makin tak selesa, bertungku dengan hot gel pack sentiasa untuk pecahkan angin tapi tak kurang malah makin sakit, hilang selera makan dan cuba makan sikit pun terus muntah.

Saya mula terfikir, selama ni setakat demam, bisul, saya boleh tahan tak pergi doktor, tapi sakit perut ni saya rasa tak boleh tahan, tunggu siang je saya nak ke doktor.

 

Kisah Appendix Ku pecah

Sampai klinik berdekatan, jumpa doktor yang agak senior, dia tanya sakit belah kanan, tak de selera makan, makan terus muntah? Itu symptoms appendix, so saya buat surat terus gi hospital lah dia kata.

Terkejut saya dengar appendix atau istilah sebenarnya appendicitis? lngat angin biasa je…nasib baik saya ke doktor, huhu..

appendix1

 Appendicitis atau Radang Appendix

Kisah Appendix Ku pecah

Saya mendapatkan rawatan di HUKM tapi servis HUKM banyak rungutan rupanya sekarang, mungkin terlalu ramai orang sakit sekarang walaupun hospital juga banyak. Head of department wad bedah cuba terangkan pada saya dia syak apendik kedua sebab apendik biasa kena kat orang muda, umur belasan.

Hari kedua saya dibawa untuk buat ct-scan, result menunjukkan memang appendik, tapi doktor benarkan saya makan minum dan start puasa pada tengah malam untuk pembedahan keesokkan paginya.

Malangnya pada jam 2:45 saya kesakitan yang amat sangat, injection pain killer tambah 3 biji pain killer lagi langsung tidak berkesan, selama tiga jam kesakitan sampai berpeluh menahannya, baru terasa kurang tapi perut saya rasa tebal dan berat, nurse nak sedapkan hati saya kut kata doktor on the way, akhirnya sampai pukul 9 pagi baru saya ditolak ke bilik bedah.

apendik pecah

Selepas sedar dari pembedahan doktor pakar bedah beritau apendiks saya dah pecah dan ada banyak nanah tapi kami dah cuci bersih-bersih dengan ikhlasnya..erhmmm, apendiks ku pecah dihospital kerana doktor berteori-teori, redho dengan ketentuan Allah, setiap kejadian ada hikmahnya dan juga penghapus dosa, lnsyallah.

 

Hikmahnya

Antara hikmah yang saya nampak ialah:

1. Kasih sayang anak-anak dan suami yang betul-betul mengambil berat segala keperluan saya macam saya yang baby..kebetulan anak-anak dah besar semuanya. Teringat kata-kata seorang Master cina dulu-dulu, kalau kita sakit sewaktu anak kecil beza masalahnya banding bila anak2 dah besar. Berjaya melambatkan penyakit dari umur 30 kepada 50 sudah besar kesannya pada kehidupan kita.

2. Di hospital doktor buat macam-macam ujian iaitu ECG. CT-Scan, laparoscopy serentak dengan operation apendik untuk memastikan tidak ada penyakit-penyakit merbahaya lain memandangkan saya telah melepasi usia 50 tahun. Keputusan alhamdulillah semua dalam keadaan baik.

3 Saya tak berselera makan so dapat menguruskan 3 kilo berat badan dalam 2 minggu, hehe..saat tulis blog ni dah sihat sepenuhnya dan dah mula naik badan semula.

apendik kurus

Kurus dan pucat, 8 hari tak lalu makan dan complete rest in bed.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak manfaat, wasallam..

 

ibu

2 thoughts on “Kisah Appendix Ku Pecah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*