Persoalan Yang Sering Ditanya Tentang Cara Makan Shaklee (FAQ)

Persoalan Yang Sering Ditanya Tentang Cara Makan Shaklee (FAQ)

Diruangan ini saya cuba menjawab beberapa peroalan yang sering diajukan kepada saya tentang cara makan vitamin Shaklee kerana mereka mengatakan ada banyak pendapat dari pengedar shaklee sendiri cara makan vitamin contohnya lecithin , omega dan alfalfa.

 

Persoalan Yang Sering Ditanya Tentang Cara Makan Shaklee (FAQ)

Konsep Pemakanan Sihat Shaklee

Terlebih dahulu saya suka mengingatkan konsep pemakanan Shaklee ialah memberikan satu jaminan zat wajib kepada tubuh kerana makanan kita hari ini ternyata  tidak mampu berbuat demikian malah mengandungi berbagai-bagai bahan  yang bahaya kepada badan, tetapi itulah hakikat pilihan makanan yang kita ada, sila rujuk Kenapa Perlu Makanan Tambahan.

 Makanan Sel ialah protein yang lengkap dengan semua amino perlu (essential), vitamin-vitamin perlu , minerals perlu, kaborhidrat, lemak, air dsb. Maaf, sel-sel kita tak kenal siapa roti canai, nasi lemak, makanan arab, makanan western dsb nya yer..

Apabila ada makan masuk ianya akan diproses untuk menguraikan nutriens memenuhi keperluan sel-sel manakala yang tidak perlu dikeluarkan akan dibuang sebagai najis dan air kencing.

Malangnya makanan kita hari ini hanya sedap kenyang sahaja, tetapi lebih banyak yang perlu dibuang dari diperlukan sel, maka apabila sel tidak mendapat makananya apa yang berlaku? Bertambah malang lagi sistem pembuangan juga tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik!! Bayangkan…

Konsepnya, sel-sel ini bergabung membentuk tisu, tisu-tisu membentuk organ, beberapa organ bekerjasama membentuk sistem, seperti sistem pernafasan, sistem jantung, sistem imuniti, sistem pembuangan dsb. Sistem-sistem ini membentuk tubuh.

cell-tisu

Oleh itu kekurangan 1 zat perlu/wajib pada sel, akan memberi kepincangan kepada tisu, kepada organ, seterusnya sistem dan tubuh mula menunjukkan tanda-tanda kepincangan itu melalui tanda-tanda kekurangan zat.

 

Persoalan Yang Sering Ditanya Tentang Cara Makan Shaklee (FAQ)

Bagaimana sikap anda?

Ada yang perihatin, ramai juga tidak. Perihatin atau tidak terhadap tanda-tanda kekurangan zat, tetap akan sampailah kesatu peringkat dimana sistem tubuh mula lemah sehingga gagal berfungsi secara serius dan menyebabkan masalah kesihatan seperti  gaut, batu karang , sembelit, asma kegagalan fungsi jantung, buah pinggang, hati  dsb.

 

Persoalan Yang Sering Ditanya Tentang Cara Makan Shaklee (FAQ)

Adakah Shaklee Merawat Macam Ubat?.

Apabila sel-sel dapat segala keperluannya, maka sistem-sistem akan mampu berfungsi, itulah konsepnya, seperti kata pengasas shaklee “The medical field is intersted in treating disease. I’m interested in building health” -Dr. Forrest C. Shaklee.

Vitamin bukan ubat, tapi memberi apa yang hak pada tempatnya, bukankah itu definasi ADIL? Berkonsepkan alam semulajadi, sesuai dengan falsafah Produk Shaklee “Products in Harmony with Nature and Good Health”

Persoalan Yang Sering Ditanya Tentang Cara Makan Shaklee (FAQ)

Lain-lain Soalan Yang Sering Ditanya :

Soalan : Bilakah nak makan, lecithin, omega, alfalfa?

Jawapan:saya Sama Seperti di Cara Makan Vitamin Paling Berkesan.

 

Soalan : Bolehkah makan vitamin E, lecithin, alfalfa dsb serentak?

Jawapan dari Saintis Shaklee : “We are not aware of any science to suggest  conflict in taking both/any vita E and alalfa etc at the same time. All the nutriens are taken up by appropriate receptors in the small intestines”.

* Terdapat barisan saintis dibelakang produk Shaklee yang sentiasa bekerja keras bagi memastikan – Shaklee, Always Work, Always Safe, Always Green.

Itulah kehebatan Shaklee, melalui The Shaklee Difference teknologi.

shaklee diff

Kalau ada yang tak setuju dengan jawapan dari saintis Shaklee tu …maka boleh la buka kilang vitamin sendiri kot ye…hehehe…..sorry macam menyindir pulak..ikhlas sebenarnya, cuma kasar sikit je..

 

Persoalan : Sukatan vitamin, berapa banyak nak ambik C, B. Esp dsb sehari?

Jawapan saya: Lihat pada tanda-tanda yang badan berikan, contoh selalu demam, selalu selsema, asma, sakit kulit, alahan, mudah marah, tak ada tenaga, sembelit dsb, maka lebihkan dos vitamin-vitamin berkenaan agar tidak sahaja memenuhi keperluan wajib harian tetapi menampung kekurangan-kekurangan lama yang ditanggung oleh sel. sila rujuk  Bagaimana tahap kesihatan anda.

 

Persoalan : Bolehkah berbagai vitamin diambil bersama?

Jawapan saya:Kalau ada vitamin tak boleh diambil bersama pada satu masa, kenapa Shaklee menggabungkan semua vitamin dalam satu tablet seperti Vita Lea?

Sama saperti jawapan saintis shaklee di atas, iaitu berlainan enzim akan bertindak balas dengan berlainan vitamin dan diserap dibahagian perut yang berlainan. Contoh calcium diserap dibahagian paling atas iaitu duodenum…….dan garlic paling bawah, sebab itu untuk ambil garlic perut kena ada isi mengelakkan angin ‘reflux’.

Lawatan ke kilang shaklee memperlihatkan berbagai-bagai lagi ujian-ujian lain yang tidak dilakukan oleh mana-mana kompetitor lain,..cukuplah saya katakan Shaklee pilihan Nasa dari 1993 dan pilihan ramai juara olympians menerangkan maksudnya yang besarkan?

 

Semoga serba sedikit telah membantu dalam pemasalahan di atas dan lebih memahami konsep suplimen supaya ada kekuatan untuk berdisiplin dan mendapat nikmat kesihatan secara semulajadi yang berterusan.

 

ejaz call to action

 

 

159 thoughts on “Persoalan Yang Sering Ditanya Tentang Cara Makan Shaklee (FAQ)

  1. Pingback: Cara Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan. | Ejaz Beauty Lounge

  2. assalamualaikum puan..

    sebelum ni sy ada amik set berpantang + slimming shaklee ( vit B-comp, vit C, vitalea, alfalfa, lecithin, zink, omega, ESP and oste).. sy dah try mkn vitamin2 spt akak yg sy beli vita shaklee suggestkn but x menjadi kesannya. now ank sy pn dh 3bln lebih. slps baca blog puan sy tertarik utk ikut cara mkn yg puan sarankn. klu ikut saranan puan, sy bleh amik

    pg- ESP
    slps mkn pg- vit B-comp, vit C

    b4 lunch- alfalfa, lecithin, omega
    slps lunch-vitalea

    b4 dinner-alfalfa, lecithin
    slps dinner-oste
    betul ke pemahaman sy puan? lps tu bpe kali semggu sy perlu amik zink?
    mohon jwpn dr puan. terima kasih

    • kalau u nak kurus, pagi ambik esp 1sudu besar dan skip bfast,ambik lec, omega, alf b4 lunch and dinner, dan selepas, ambik vitalea, bco dll.

      sbb nk kurus dinner kurangkan dan ambik awal ie 6:00 pm, mlm kalau lapar ambik fruits, oats etc.

      zinc 1 bj 1 jam seblom lunch n dinner

      excercise yang betul membantu lagi kesan penyerapan vitamin dan slimming process, begitu juga meal replacement cinch shake..

      • tq puan krn sudi guide sy even sy bkn customer puan, not like the others.. mudah2an, Allah bg segalanya yg terbaik buat puan sekeluarga..amiin

  3. salam puan,

    saya confuse 1 perkara..saya ingin mengambil vitamin zinc untuk mengawal rambut gugur..
    Melalui apa yang saya baca di blog puan, zinc mesti diambil ketika perut kosong sebelum lunch \ dinner..waktu lunch \ dinner saya tidak kira masa menyebabkan saya sukar untuk decide waktu terbaik untuk makan vitamin zinc

    Oleh itu, saya ingin bertanya adakah saya bole makan vitamin zinc sejurus selepas bangun tidur ( sebelum sarapan )??..supaya saya dapat makan pada waktu yang konsisten setiap hari..
    mohon pendapat

  4. Salam kak.sy nak tau if ambik vita c but sy juga ambil omega letc n alfafa.jadi lps ambil esp waktu pg n sy skip breakfat trus ambil vita c atau macamana.

    • salam, atinii, ok je kalau perut tak rasa pedih, tp seblom/lepas makan nasi etc, lg elok ambik vit2 tu sbb makanan kita lagi berminyak, berlemak dsb berbanding esp

  5. Slm.. sy nk tya cara pengambilan yg betul utk vit c, bcom, vit e, gla, oste, carotomax, vivix.. sy nk ambil utk ksihatan kulit, mata dan rambut.. tq

    • salam, vivix blh ambik sesudu kecil selepas makan pagi to protect u through out the day, ku lps makan mlam akan buat repair while u sleep, klu ada masalah blh ambik dua kali sehari, minum air lebih, lain2 blh refer cara mkn vit dan faq

  6. salam puan..

    sy baru berjinak dgn produk shaklee ni.. sy dah beli vitC, vitE, GLA & omegaguard… tp sy masih confuse, bila masa yg sesuai sy nak mkn vitamin2 ni coz sy ada yg ckp lepas breakfast..lepas lunch..
    lagi 1, klu sy bercadang nak ambil set kurus apa produk yg sesuai coz sy lebih prefer pil, kapsul, tablet berbanding cecair/serbuk.

    Tq in advanced puan ^_^

    • salam, set kurus tablet blh ambik vitalea, alf, lec, omega dan herb laxative…cara makan blh refer jwpn saya sebelum2 ni n faq, walahu ‘alam

        • wslm, alf dan lec ambil sebelum makan buka dan sahur, herblax 4 bj seblom tidur seminggu sekali…atau blh ambik sebiji seblom tido setiap hari ikut mana yg sesuai untuk masalah u…

  7. Salam puan,saya baru 1 bulan makan produk shaklee resdung dan kesannya tak banyak berubah dan lagi satu saya punya dada terasa berdebar bila saya bangun pagi secara mengejut dan sy rasa mungkin punca daripada vitamin. Arahan makan dari penjual vit shaklee makan pagi selepas sarapan alfalfa 2 vitamin c1 b comp 1 saya makan 1 kali serentak. . Mohon pendapat puan terima kasih.

    • salam sis Zaharah, masalah resdung nampak macam kecil tapi blh jadi besar dan bukan senang sangat nak baik, suplement antioksidan ie C, E, Alfalafa (alahan), bcomplex( anti stress n saraf) esp n vitalea…ni antara yang penting untuk betulkan semula sistem, bil tablet atleast seperti tertera di botol dan boleh ditambah sebab dah ada masalah, ambik megadose dapat bantu rawatan.

      Berdebar2, risau, stress biasa tanda kekurangan B complex, bolih lebihkan b seperti 2 x 2, selepas mkn, c pon 2 x 2, alf 5 x 2, E 1 x 2…

    • sya cadangkan rawat punca masalah, bukan symtom, ie esp, vitalea, c500 , alf, elok juga tambah bcomplex, manfaat each one blh baca dlm blog saya..tentang vit wajib dsb..

  8. salam puan.. saya nie ade masalah dgn berat bdan.. kini berat sy dlm 41kg pd umur sy skg 24thun… boleh puan bgtaw produk yang elok untuk naikkan berat bdan dan cara pengambilan produk2 tersebut..

    • salam, untuk tambah berat boleh ambik esp 1sudu penuh + mealshake 1 sudu penuh juga dgn air sejuk selepas makan tghari dan selepas dinner…

  9. Salam. Puan. Sjk kebelakangan ni muka saya naik jerawat semasa exam week. Ttpi bukan jerawat yg teruk. Jadi apakah produk shaklee yg boleh mmbantu mengurangkan mslh ni? Adakah dgn vitamin c + esp sudah mencukupi bagi mmbantu mslh ini dan waktu apakah yg ssuai utk mengambil vitamin c dan esp?

    • tambah bco jugak, maybe due tu stress sebab u kata nak menghadapi exam, kurang rehat juga menyebabkan stess, b n c membantu kalu kurang tidur tp jangan sampai tak tidur,

  10. Saya pernah mengambil ESP kerana menyusu… dan ianya berhasil susu saya Alhamdulillah banyak.. tetapi saya menghadapi masalah dimana stool sy menjadi besar ketika membuang air besar…kalau sy ambil ESP dan saya ada buasir… minta nasihat puan bagaimana saya patut teruskan mengambil ESP… trima kasih..

  11. salam puan.. saya ingin bertanya setelah 6 bulan consume shaklee mmg ada perubahan yg baik tapi sya masih lagi confuse ada yg kata lecitin x blh makan sekali maksud saya telan bersama dgn Alfafa.. betul ke?
    Saya amik utk set kurus dan menyusu.. Baby skrg 6 bulan susu kurang bila saya kurang makan.. tapi masalah sya berat x balik lagi asal..
    supliment yg sya amik :
    ESP
    Cinch
    vita c
    bcom
    alfafa
    vita e
    coq
    zink
    omega
    lecithin
    oste
    herbalax
    Boleh ke puan membantu sya..? Zinc saya amik kerana rambut gugur terlalu teruk.

    youtube audio converter

    • cara makan saya sama seperti cara makan vitamin dan faq.

      cara kawan saya turunkan berat guna set shaklee untuk panduan semua, dia turun kosistanly 2 kg sebulan sihat dan bertenaga, muka merah dan tak nampak haggart..

      Page : 1 sudu esp + 2 sudu cinch, dan lain2 pil, pergi gym bakar kalori seperti yang di sarankan oleh personal trainer, rasa bertenaga untuk buat aktiviti2 tersebut dan tak lapar sampai pukul 2 baru lunch. Lepas lunch ambik vitamin

      petang makan awal dan separuh sukatan, malam kalau lapar makan buah atau cinch 1 sudu…dan osteo 4 biji sebelum tidur…dan ulang dan ulang. Pastikan minum air kosong lebih, kurang gula dan kurang santan/lemak.

      Beliau seorang ibu beranak empat berumur 45 tahun.

      Semoga membantu semua…

  12. salam puan,
    saya bercadang untuk mengambil set berpantang seperti beriku :

    * Vitalea (Multivitamin)
    * B-Complex
    * Zinc Complex
    * Vitamin C Plus 500mg
    * Ostematrix
    * Alfalfa Complex
    * ESP
    * Omega

    saya masih tercari-cari cara permakannya namun masih kurang jelas makluman berkenaan cara pengambilan bagi tiap2 produk tersebut… jadi, boleh puan nyatakan sekali lagi secara lebih jelas berkenaan dengan pengambilan bagi vitamin2 tersebut… mohon pencerahan puan..

    terima kasih puan..

  13. Assalamualaikum,

    Sekarang saya ada ambil esp, leci, alfalfa dan herb-lax. Boleh saya minta pandangan bagaimana cara makan keempat-empat produk tersebut dengan cara yang betul dan mendapat kesan yang memberansangkan. Mohon pencerahan 🙂

  14. Salam puan,

    Saya ibu yang menyusu anak berumur 1thun 2bln.baru berjinak2 dengan shaklee..saya nak tnya betuk or x cara saya makan

    Pagi : vitalea 1 biji sblom breakfast – tp sllu rase nk termuntah lps mkn ni walaupon saya xde msalah dlm mkn ubt slma ni

    Tghari : 3 lecthin 3 alfafa 1 omega lepas mkn

    Malam : 3 lecthin 3 alfafa 2 omega lepas makn

    Betol ke cara pengambilan saya ini puan..

    Terima kasih

    • Puan Nabillah, vitalea mesti lepas makan, kalau perut kosong memeng rasa nak muntah, sbb kandungan vit dalamnya tinggi.

      alf, lec n omega boleh seblom atau selepas, refer topik cara makan vit saya.

  15. assalamualaikum puan.
    Saya berminat untuk mengunakan produk set bersalin SHAKLEE SET PREMIUM..
    1) VITALEA
    2) VITAMIN B-COMPLEX
    3) VITAMIN C
    4) OSTEMATRIX
    5) ESP
    6) ZINC COMPLEX
    tetapi saya masih confuse cara pengambilan yang berkesan..ini kerana hasil pemerhatian saya sekiranya tidak menggunakan dengan betul produk ini ia tidak akan menjadi seperti yang diimpikan.mohon penjelasan puan.tq

  16. Salam puan,

    Saya bru consume alfafa n gla hampir sebulan..kalau lihat pd hasil yg saya google, ada yg mengatakan cara pemakanan gla start dr CD1 hingga CD12 then stop..tunggu period datang bru start mkn blk..tp kalau ikut ejen sy plak, mkn je tiap2 ari.. ( slps bfast – 3 alfafa sblm tdo – 1 gla setiap ari )..agak confuse di situ..

    • Shaklee buat produk untuk orang awamm mudah guna, tak perlu kena ingat macam2, penyerapan terpanas dan terbaik xde masalah makan semasa haid malahan masa haid kita kehilangan bnyk calc, minerals dan beberapa vitamin, lg lah kena ganti vit yang hilang tu

      kuantiti blh ikut dibotol, contoh alf 10 biji sehari, buatkan 5 x 2, gla 1 x 2, wt meal, ikut senang before or after.

  17. Hi kak..nak tanya
    Sy ambik produk shaklee esp, alfafa n gla utk tambah brt bdn, kulit n keputihan (atas nasihat ejen shaklee dgn budget yg sy mampu). Nak tny cara pengambilan yg terbaik utk hasil optimum. Thanks

  18. Salam . Sy bru amik shaklee vitalea + Bcomplex . Utk lps brpntang keguguran . Cmne cre y baik utk pgambilan shaklee ni stp hari ? Tq pun 🙂

    • blh ambik 1 bj x 3, selepas makan, tp elok tambah esp, c n alf..untuk baik pulih badan sepenuhnya n klu ada sakit2 badan yg serius blh tambah oste

  19. assalamualaikum, sya nak tya, sya ambilproduk slim alfafa n litchin boleh ka mkan dua2 skali dalam masa yang sama..;)
    1 lagi cara mkn yg betul bpe kapsul?

    • Sila rujuk jawapan saya terdahulu, lec n alf boleh di lebihkan untuk lebih berkesan..lec 3
      4 X 3. alf 5 x 3, bila dah capai matlamat boleh ikut label, walaubagaimana pun set lengkap adalah lebih baik, tq

  20. salam.. nk tanya klu pesakit thalesamia minor bleh ambk esp+alfafa x?? st lg nk tanya..esp+alfafa nie diambil selepas bersalin or hujung2 kahamilan cth 8bln dh bleh ambk dh utk bnyakkan susu ibu?? tq ye..klu bleh ambk semasa hujung kehamilan mcm mn jadual n sukatan pengambilannya ye?

    • wslm, untuk thalesamia kita tak galakkan banyak2 takut darah jadi berat, biasa cuma rekomen, esp, bco n nutriferon, but since minor case maybe ok la tuk tambah mana yang ingredientnya tidak menjadi pantang as per doktor’s recommendaion.

      saranan saya vitamin set mengandung perlu di ambil seawal enam bulan sebelum mengandung, diantaranya ialah esp dan alf juga tak ada masalah, elok untuk bersihkan darah dari toksik, lemak, kolesterol, buang angin dsb. Wallahu’alam. Sy brcakap apa yang saya faham dan amalkan.

  21. Salam.. akak, sy baru nak bjinak dengan shaklee nie.. sy ada mslh dtg haid yg x teratur, kulit x cerah, n kurus. Ok x kalo sy makan esp+vita e sahaja.

    • wslm, du atu repair system so takes time, nak cpt kena tambah, C antioksidant (kulit), Bco (anti stress n saraf dan gla (horman)

  22. salam puan, saya ada amalkan gla dan b complex shaklee, tapi sebelum sarapan manakala suami saya amalkan zink sebelum sarapan.kami makan dalam usaha untuk dapatkan zuriat.btul ke cara saya makan ni

  23. Salam puan..blh x nk mntk puan suggest kn kpd sy cara n masa pengambln vit c,vit e,b complk,gla n esp..sy da rjuk puan pny cara mkn vit kt blog puan tp xbrp fhm..hrp puan mmbntu sy…

  24. Salam puan.saya baru membeli esp,gla,vit b comp,vit c,vitalea,alfalfa dan ortomatrix.confuse dgn cara pemakanannya sbb byk sgt..saya sedang merancang utk hamil..boleh bantu cara makan yng betul?

    • pls refer guidelines dalam cara makan vitamin, mana vit sebelum dan selepas, lnsyallah ok dan mohon Allah izinkan ikhtiar puan.

  25. assalamualaikum
    anak saya berumur 12 tahun dan telah pun datang period. saya perhatikan sejak dia baligh, dia cepat letih. anak saya juga mempunyai masalah resdung. hidungnye akan gatal kerana debu dan juga makan makanan laut. bolehkah anak saya mengambil produk shaklee? terima kasih.

    • waalaikumussalam, bila period badan akan kehilangan banyak vit dan minerals dan makanan kita harini mmg kurang nuytriens melalui tanda2 cepat letih, rendah imuniti ie resdung dsb dan anak puan memangg kena ambik beberapa jenis vit shaklee

  26. Salam, apakah cadangan terbaik dan cara pengambilan sup Shaklee utk pesakit kencing manis dan pada masa yang sama mengalami sakit lutut dan ada darah tinggi. Tq

    • Hi, u bolih ambik mega dose, for eg vit c, 2 bj ( satu patahkan supaya dia released 500 mg on the spot) x 3 selepas, vita E 1x 2, after meal, B co 1 x 3, aftermeal, esp 1 sudu penuh x 2, pagi n malam, u boleh try and error jgk ikut kesesuaian badan u…

  27. Salam puan, saya tgh mengandung 5 bulan dan mempunyai masalah darah tinggi & kencing manis..apakah yg sesuai untuk saya ambil product shaklee…dan cara makan… saya confius sebab skrg pun saya mengambil ubat hospital…antara jarak yg baik berapa lama puan..mohon pencerahan…

    • Wslm, boleh ambik set asas 5, tambah lec n alf..bgus klu tambh omega dan vit e, keterangan produk blh dapatkan ecar lebih lanjut di blog saya ni, tq

  28. Salam puan, sya telah mkn set kurus shaklee alfalfa 1 buln n lecthin da 2 bulan…utk pgthn puan sya juga mkn pil perancang….mslhnya haid x teratur pd bulan kedua…maksud sya keluar sebelum masanya…contoh keluar sikit lbh kurang 2 hari
    ..stop…selang bbrp hari keluar lg…yg normal haid keluar apabila habis mkn 1 papan pil tu…Sya risau….bolehkah lecthin tu d mkn bersama2 pil perancang….sya mkn pil diane 35…hrp dpt bantu sya…

    • wslm, mula2 makan shaklee mmg akan ada perubahan dalam kitaran haid, waktu subur dsb, sy +ve pregnant anak kelima selepas 2 bln makan shaklee, tp Lnsyallah kearah kabaikan, cuma jarakkan min 30 minit antara shaklee dan ubat agar tidak menggangu penyerapan mana2..wallahu’alam

  29. Salam. Saya consume alfalfa and vitC dh sebulan sbb saya ada masalah jerawat. Tp rasa mcm makin teruk je. Kena consume sebelum or selepas makan eh? And kalau saya amik bersama supplement lain cth ephyra .. Boleh tak?

    • wslm, alf elok seblom n c selepas…ambik lebih c ie 2bj x2 sehari, blh tambah zinc utk jerawat, nak campur lain pon blh tp nnt tak tau yang mana yang kesan atau tak..shaklee 100% natural…lnsyallah, semoga cpt ok..

  30. slam puan,sy nk tnye sy nk trun kn brat bdn skrg sy mkn alfalfa n lecithin niat sy nk kurus sb doktor suh kurus krana brat bdn sy kmgknan xkn dpt anak kalau xtrun brat bdn..skrg brat bdn sy 76kg..sy tkt ad efeck je mkn ubt kurus shaklee tkt krus tp xdpt mengandungg blh puan bg sy jwpn
    tq

    • wslm, lec dan alfalfa merupakan sebahagian produk shaklee yang membantu mengurangkan lemak, kolesterol, gula dan bahan2 aing yang bahaya dalam darah, untuk kurus kita ada set lebih lengkap iaitu cinch utk ganti makan mlm contohnya, tetapi ianya mngandungi nutriens lengkap dan semula jadi. Malahan lec n alf perlu bg memastikan tiada halangan lemak didlm sistem pembiakan wanita ie saluran falopian dsb

      Insyallah tidak ada set dalam shaklee yang membahayakan sewaktu sihat, sakit atau mengandung kerana falsafah shaklee ialah membina kesihatan berharmoni dgn alam semulajadi..dan shaklee juga menganjurkan healthy lifestyle, pastikan gaya hidup aktif, makan apabila lapar, kawal stress dsb…walluhu’alam.

  31. assalamualaikum puan..

    saya ingin bertanya saya ade hypotyroid n boleh kae saya mengambil set kesuburan & set kurus serentak dan saya juga mengalami masalah rambut gugur yg teruk

    suami saya pula ada diabetis. selalu mengadu sakit sendi n sentiasa cepat penat
    ape yg harus diambil suami saya bg kes dalam kesuburan ini…

    • waalaikummussalam, sy cadangkan puan hubungi sy untuk utk konsultation, sbb banyak kalau nak tulis ye n tq for ur enquiry 🙂

  32. slm..admin..sy ingin bertanya ..adakah sesuai untuk pesakit kanser otak mengambil set diet untuk turunkan berat badan.Adakah pesakit akan mengalami kesan lain sekiranya gunakan set ini.senang cerita boleh ke pesakit kanser otak makan set diet ini? tQ

    • Insyallah set shaklee paling terbaik dan selamat hatta bagi kes2 kanser, tapi pada saya lebih baik tumpukan suplimen untuk rawatan kanser terlebih dahulu..

  33. Assalam… Blog puan sgt bagus & puan bg details yg sgt berguna pd semua yg bertanya even bukan cust puan…
    Sy juga nak tanya satu soalan…

    Saya ada ambik vit b, vit c, vit e dan vivix…

    Soalan saya : macam mana jadual makan yg paling berkesan utk semua vitamin tu…

    Adakah boleh diambil serentak, contohnya vitamin e + vivix.. Harap sgt puan dapat membantu…. Trm kasih

    • WAALAIKUMUSSALAM IZZ, TQ SBB SUKA CARA PERKONSIAN SY..

      IZZ NAMPAKNYA BANYAK FOKUS PENGAMBILAN VIT DR KUMPULAN ANTIOKSIDANT YE…MMG BAGUS SBB BNYK PENYAKIT BERPUNCA DR SERANGAN RADIKAL BEBAS, CUMA KLU U ADD VIT BASIC YG LAIN IE ESP, VITALEA, OSTE N ALF, INSYALLAH DIA COVER KEPERLUAN KUMPULAN MAKANAN SEIMBANG…

      UTK YG U AMBIK TU, SEMUA AMBIK LEPAS MKN, SY CDG VIVIX ALONE SBB DH POWER, YG LAIN2 BERSAMA..IE VIVIX LEPAS LUNCH YG LAIN2 LEPAS DINNER…WALLAHU’ALAM, SEMOGA SIHAT DAN AGING GRACEFULLY…

      • very fast respons….tq very2 much puan..

        Lagi 1, after mkn vivix muka saya tumbuh jerawat2 halus yg byak.. Before this, sy consume vitamin2 lain tak naik jrawat mcm ni..

        Adkah ini yg dikatakan healing crisis…
        Perlu stop dulu or teruskan vivix…

        Trm ksih sbb sudi reply…semoga puan teys brjaya, dkurniakan ksihatan yg baik n dimurahkn rezeki..

        • ye mungkin hc, jngn stop tp minum air lebih, n tiap mlm apply cairan vivix yg dicmpur air mineral as night cream, amalkn sbgai rawatan luaran, dn cuba mkn herblax utk detox segera

  34. As salam. Bole puan terangkan macam mana cara pengambilan alfafa pd bulan puasa ni. Sy bru je beli alfafa kerana sy ada alahan pd kulit tp mmndangkan skrg bulan puasa jdi agak susah sbb sepatutnya ia dimakan 10 biji sehari. Jadi macam mana tu? bole puan tolong terangkan cara paling baik. TQ

    • wslm, alf blh ambik seblom mkn immediate pon ok, ie buka 3, nak sahur 3, masa 1st week, klu rasa bdan sesuai cukupkan 5 x2…as recommended keperluan sehari

  35. Assalamualaikum puan..
    sy ingin bertanya berkenaan herblax. sy bru smggu consume herblax utk atasi sembelit n detox. tp x berkesan pd saya. pagi2 perut memulas tp still lg x boleh nk mmbuang. soalan sy,
    adakah sy perlu tingkatkan bilangan herblax dlm shari? sblum ni 4 biji shari setiap mlm.
    bolehkah sy ambil herblax bersama2 alfalfa?
    trima kasih…

    • waalaikumussalam, untuk kes sembelit teruk ie tak jalan dgn herblax, atau apa2 masalah kesihatan yg dihidapi, sebaiknya pergi kepuncanya, bagi sel2 dpt zat2 wajib yg badan xblh buat, kena dtg dr luar ie zat yg terkandung dlm esp n vitalea, baiki sistem, pastu baru tambah, osteo, alf n herblax…kekurangan kalsium yg teruk menyebabkan usus takde contraction to push stools etc ie keperluan osteo..

  36. Assalamualaikum puan,

    Saya dah 5 bln membuat pembedahan buang fibroid & cyst. Slps buat operation, sy ada mengambil zinc, esp, vitalea. Dan skrg saya ambil pula GLA, Vit. A, C, E untuk tidak penyakit datang lagi. Sekarang ni pula sy ada mengambil vit. B, kalsium dan Joint sebab lutut sy sakit dan sy ada mengidap darah tinggi. Sy nak tahu cara pengambilan yang betul dgn semua vita. diatas. Harap puan dapt bantu. Terimakasih

    • waalaikumussalam, pn blh rujuk cara mkn vit di blog sy pelan2, sy ada share kat situ n jawapan2 pd soalan2 terdahulu, key point nya vit bkn ubat, silap lebih krg tak apa janji dia dah masuk dalam badan akan ada sel2 kita yg sihat, lnsyallah.

  37. I see you share interesting stuff here, you can earn some extra cash,
    your blog has big potential, for the monetizing
    method, just search in google – K2 advices how to monetize a website

  38. Assalamualaikum puan,

    Saya sedang consume pil perancang jenama Yasmin utk menjarakkan kehamilan. apa yang saya dapati setelah mengamalkan Yasmin, saya dapati berat badan saya naik dengan mendadak.

    Saya ada terbaca bahawa sekiranya kita makan GLA COmplex sebab period, kita tak akan hamil. Bolehkah saya menggantikan Yasmin dengan GLA Complex sbg cara utk merancang kehamilan?.

    • waalaikumussalam, rasanya lna dpat wrong info tentang gla, gla adalah salah satu produk penting dalam set kesuburan dan masalah berkaitan hormon tak seimbang spt kitaran haid tak normal, sindrom menopos dsb bkn utk mecegah kehamilan ye…

  39. As salam Puan.

    Sy baru 3 lepas bersalin anak pertama. Masalah saya :-
    1) Baru2 ni, saya mengalami masalah utk membuang air besar. Akibat dari peneranan yg agak kuat, menyebabkan rasa sakit luka di bahagian tempat pembuangan & mungkin juga buasir.

    2) Rambut gugur yg agak banyak selepas bersalin

    Saya ada membeli :-

    1) ESP (tapi tekak sy x bole menerima rasa soya, wlau pn sy da campur bersama oren & mcm2 perisa air. Jd sy amat jarang membuat esp)

    2) Ostem (sy mkn 4biji sbl tido setiap hari)

    3) shampoo rivitilizing

    4) cream herbal

    Kesan pada sy :-

    1) senang membuang air besar, tapi masih terasa sakit ketika membuang
    2) rambut masih gugur dgn bnyk

    Apa cadangan yg patut sy mkn utk mengatasi masalah saya ni.

    Terima Kasih.

    • Waalaikumussalam, Cuba lengkapkan set bersalin tu dgn vitalea penting sbb bdn telah kehilangan segala nutrien dan masih memerlukan yg bnyk sebab menyusukan, Vita C penting sbb ada sel2 yg luka sembelit dsb dn kuatkan imuniti ibu seterusnya anak, bco utk betulkan saraf dan anti kemurungan especially dlm pantang, alf serat, khasiat jamu n tambah susu disamping oste, zinc utk rambut, luka, kuku, shampoo pakai cairkan dulu dgn sikit air baru lumur, sbb pekat sangat, minum air kosong 2-3 lit sehari…all the best

  40. Salam puan. Bolehkah saya ambil vitamin b kordel selepas breakfast, dan vitamin e shaklee selepas lunch? Ada effect apa2 tak kalau makan vitamin yg berlainan brand.. Terima kasih..

    • Boleh campur brand, tp habis tu better tukar ke bco shaklee la, value for money, the best bco sbb ada kesemua 8 b, 100% daily value and 100% natural, penyerapan maksima, ada vit tak pecah2 bahaya blh jadi batu kat buah pinggang..teknologi the shaklee difference terbaik..lnsyallah 🙂

  41. Salam puan, saya baru nak guna produk shaklee tapi x berapa sesuai mkn tablet atau kapsul, jadi saya berminat pada produk esp. Adakah berbaloi sekiranya saya hanya mkn esp sedangkan yg lain tidak?
    Saya tiada masalah kesihatan hanya badan sahaja agak berisi. Maksud saya di sini adakah berkesan jika makan esp sahaja?

    • Wslm, since u tak blh ambik tablet, atleast ambik esp n cinch, the more u take the more benefit u will get…dua tu asas bekalkan semua vit wajib, blh jadikan meal replacement yg sihat dan bertenaga.lnsyallah

  42. Salam puan.. Sy nak tanya..boleh ke sy ambil pil perancang(noriday) bersama2 dengan alfafa..
    Sy ambil alfafa, esp n vitalea utk milk booster..
    Adakah ia akn mengganggu keberkesanan pil perancang trsbut jika sy mkn alfafa.. Jika tidak sy nk tau cr pngambilan yg sesuai..tq

  43. salam….saya nk tanya betul ke cara saya mkn produk shaklee ini? pagi: esp 3 sudu bersamaan 200ml air dan alfafa 6 biji mngu pertama

    slps mkn tghari:papermint dgn garlic..
    harap puan dpt membantu

    • waalaikumussalam..boleh mix meal shake dan esp dgn ar sejuk, pagi dan krgkan sarapan dan malam juga dan kurangkan mkn mlm, lebihkan fruits dan fiber, alf dan lec dan cuba exercise dan amalkan gaya hidup aktif..ini untuk tujuan kurus kan..

    • Waalaikumussalam..sesuatu penyakit ada kaitan dengan sistem kita yang tidak dapat berfungsi disebabkan diperingkat awalnya kekurangan vitamin wajib tertentu yg patut dapat setiap hari. Maka untuk membaiki semula kita cuba beri semula keperluan wajibnya melalui pengambilan set wajib shaklee, for ur case sy cadang ambik basic 5 iaitu esp, vitalea, vita C 500 mg, b complex dan osteomatrix pd dos yg lebih dr yg di label terutama vit c, bco n osteo…so dia mesti blh memenuhi keperluan wajib harian dan extra untuk cover kekurangan sebelom2 ni..so akan jadi rawatan, lnsyallah..all the best, lnsyallah sesuatu yang lebih baik akan terjadi. Minum air kosong lebih.

  44. Salam puan..saya nak tnya..setakat ini saya mengambil vitamin Shaklee iaitu alfalfa, kolagen Shaklee & vitamin C.. bole puan beritahu sya cara makan yg betul sbb penjual vitamin saya ckap kolagen boleh makan sekali dgn alfalfa..ada yg kata x boleh..mohon pendapat puan. dan sebetulnya kolagen elok diambil waktu perut kosong atau selepas makan? Tq

    • wsalam, alf boleh sebelom atau selepas, vit C selepas makan shj n collagen elok selepas juga tapi kalau kolagen mix dgn esp boleh sebelom atau selepas.

  45. Assalam..nk tanya,skg sye mmg consume collagen dri produk lain dan baru2 ni nk amalkan vita-c plus shaklee..jdi,bila waktu sesuai sye mkn vit c shaklee?utk pengetahuan,sye consume collagen pagi sblm srpan n mlm sblm tdo…

    • vit c shaklee ambik selepas makan…after lunch1, after dinner 1..klu ada masalah kulit dan imuniti bdn perlukan vit C yang lebih tinggi..

  46. Salam puan..sy dh bca cara-cara utk ambek shaklee ni cuma sy msih confius lg.btul x cara pngambilan sy ni

    Pagi-esp(1sudu+bancuhan nestum)
    Slps esp-1 vitaC(sy x ambek breakfast,cuma esp then trus vitaC)
    Before lunch-3 alfalfa
    After lunch-1 vitaE
    Before dinner-3 alfalfa
    Before sleep-2 gla

    • wsalam, banyaknya Fariha hantar soalan, hehe..sya jawab utk semua tu sekaligus je ye..untuk vitamin2 yg u ambik tu rasanya ok…cuma vit c better lepas makan min 2 bj sehari sbb hrini bnyk pencemaran, alf elok 5 x 2, cara mkn betul, gla sebelom tido ok asal lepas mkn..vit pils dan kapsul ambil bersama makanan sblom or selepas sbb dia xada kalori..

      • Hehe..maaf puan,problem intrnet hari tu..ingtkn x hntar lg.x tau la knpe.soalnnya sma je..hehe
        ohh..ok puan..trima ksih bnyak yee utk prkongsian n pncerahan mngenai pngmbilan shaklee ni.semoga puan trus success.. ^_^

  47. Assalamualaikum puan…sy pengguna k colly sweet 17…bru2 nie sy ade mencuba herb lax….boleh kah puan terangkn pd sy cara mkn yg betul?

    • wsalam, herblax ni julap xelok amal jangka panjang kecuali bersama alfalfa supaya dia buat cleansing lebih bersih dan natural sbb cukup serat dari alfalfa…4-5 bj ikut saiz badan seminggu sekali atau 1 biji setiap hari, ikut mana lg best…mkn sebelom tidur

  48. as salam…boleh tak dalam sehari sy amalkn produk shklee dengan suppliment yg lain..produk shklee sy amal ESP & GLA.dan suppliment lain dari produk Dianz vit c & e???
    saya skunk dalam proses mencuba untuk mengandung anak pertama…Bolehkah saya mengamalkan produk ni dalam satu masa??adakah dengan cara ini boleh menyebabkan nutrisi dari dua produk ni tidak berjaya meresap kedlam tubuh badan saya??mohon penjelasan dari Puan…

    • Wsalam, untuk produk shaklee tidak ada masalah campur dsb, lnsyallah ur cells akan dapat apa2 manfaat dr kedua esp dan gla tersebut tanpa kehadiran bahan sampingan yang tidak semulajadi yang mungkin merbahaya…

  49. hi sis..nak tanya..bolehkah ambil esp sekiranya sekarang saya sedang mengambil ubat hormon yang diberikan dari hospital?tq

    • hi.. tak ada masalah sebab esp hanya membaiki dan menyihatkan sel2 bermasalah menjadikan lebih berintegriti dan berfungsi…

    • tak de masalah, shaklee hanya ibarat makanan berkhasiat, cuma jarakkan dr produk bukan semulajadi lebih kurang 30 minit..

  50. Assalam puan..
    Sebelum mengandung sy Ada ambil gla complax untuk stabilkan hormon Dan suami sy ambil zinc..alhamdulillah slpas 2 bulan ambil produk shaklee tu dngan izin Nya sy hamil Dan baby sy dah berusia 6 bulan. Soalan sy boleh x sy continue makan gla Dan zinc tu semasa sy Brest feeding? Apa yg sy tau zinc leh elakkan rmbut gugur sbb skg rmbut sy mmg gugur teruk btul ke? Tq.

    • Wsalam, tahniah berjaya mengandung, antara rahmat teragung, gla antara vitamin keperluan mengikut kadar yang dinyatakan dan tidak ada kesan negatif ketika mengandung, menyusu dsb.. boleh ambik bila2 masa, setiap vit shaklee yang dicipta mempunyai manfaatnya yg berlainan apabila masuk kedalam badan…lnsyallah..

  51. Assalamualaikum puan..
    Sy pernah makan gla complex Dan husband makan zinc shaklee.. Selepas sy disahkan mengandung sy stop makan gla tu. Alhamdulillah anak sy skrang dah msuk 6 bulan dan menyusu badan. Soalan sy boleh x sy sambung makan gla complex Dan zinc tu semasa sy breast feeding baby? Untuk pengetahuan puan sy juga mengalami masalah rambut gugur yg agak teruk. Adakah zinc dpt membantu mengurangkan rambut gugur?
    Terima kasih. 🙂

    • Wsalam, lnsyallah boleh sbb produk shaklee semulajadi dan berkhasiat tambahan ketika badan menunjukkan symptom2 kekurangan

  52. Assalamualaikum puan.
    Saya khairul tertarik dgn perkongsian ilmu. Dlm bacaan sy sy tertarik dgn satu produk shaklee (Omega Guard). Untuk makluman puan, isteri saya hamil 13 minggu sekarang n alhamdulillah dia tiada alahan.
    Saya ingin bertanya berkaitan Omega Guard :
    i) minggu ke berapa adalah waktu yg sesuai untuk memulakn pengambilan?
    ii) perlu ke untuk bhenti pengambilannya 4 minggu sebelum tarikh dijangka bsalin, sbb sy terbaca yg sifat minyak ikan adalah mencairkan darah.

    Terima kasih, puan. Atas kerjasama dari pihak puan.

    • Waalaikumussalam, omega shaklee juga merupakan antara nutrien keperluan badan, elok diambail sentiasa untuk kesihatan jantung, sendi, otak dsb.
      Tapi sekiranya diambil ketika mengandung terutama di peringkat pembentukan otak janin, ie 5 bln ke atas, ia lnsyallah membantu meningkatkan iq anak dlm kandungan. Apa yang saya belajar ia tak menyebabkan darah cair, blh diteruskan ikut sukatan..yang mencairkan darah ialah vitamin E, tp vit E setakat sebijik tak de masalah sebab banyak peranan lain yang vit E diperlukan ia menghalang kolesterol jadi keras dan penyumbatan arteri, melindungi integriti sel dsb..kecuali yang sedang mengambil ubat pencair darah..xperlu ambik E

  53. Salam pn
    Sy adalah pesakit buah pinggang.( x smpai tahap dialisis lg).boleh ke sy ambil vitamin c & e bersama ubat lain…tq

    • wsalam, c dan e ialah vit anti oksidan, melindungi sel, jadi diperlukan setiap hari tambah bagi pesakit buah pinggang, cuma bagi jarak sekurang-kurangnya 30 min, ditakuti vitamin2 ini mengganggu penyerapan ubat, sbb ubat adalah asing pada badan…ie bahan kimia dsb..

  54. sy pernah mgalami accident pd thun 2013 dn mnggalkn kesan parut di wajah…so, sy ingin meminta pndapat puan…ada x product shaklee yg sesuai utk mnyelesaikn mslh sy ini? Any suggestions? dn sblum nie sy pernah consume vita e & c shaklee nmun hnya 1 btol kmudian brhnti sbb sy khuatir ada kesan2 sampingan yg lain…hehe..fktor lain di sebabkn sy pernah brtnya pndpt sorg Dr plastik swasta mgenai vita yg sesuai utk mnghilngkn parut…and he said “tak ada” just wait and eat like usually…

    Tq.

    • Dengan pengambilan vitamin tertentu, dapat membantu mengurangkan kesan parut jenis ketara..berbanding makanan kurang berkhasiat yang kita makan hari ini..

  55. Salam puan,
    Saya nak tanya, saya baru belikan vivix utk mak sy, dia pernah kena stroke and kena mkn ubat darah tinggi. Soalan sy adakah ok klu sy beri mak makan vivix waktu malam/ sebelum tidur sbb kebanyakan ubat drh tinggi dimakan waktu pagi. Hanya ada sebiji perlu mkn waktu malam. Dan adakah perlu jarakkan waktu mkn ubat hospital (yg mlm) dgn vivix?
    Terima kasih

  56. salam..doktor…saya ada mkn set shaklee….vita c..vita b..dan alfalfa…andai sya mhu mkn bersma pil ubat resdung(bkn shaklee) boleh x?

  57. Assalamualaikum
    saya baru pertama kali nak makn shaklee . Sya nak tambah berat bdan. Nak cerah kan kulit dan untuk dalaman mcm haid tak menentu sengugut .produk shaklee yg mana patut saya ambik??. Anak saya mnyusu badan boleh ke saya makan shaklee??

    • Waalaikumussalam, ambik set berpantang..amalkan utuk dapatkan hasilnya..mkn setahun, muda dua tahun, haha…lnsyallah..kena istiqamah

  58. Assalamualaikum.
    Klu saya ambil

    * vitamin c dan e untk kecantikan.

    *omega untk otak

    *vitalea

    *zinc

    semua ni ada pantang larang x klu dimakan sekali?

    mana yang sesuai dimakan slps breakfast, slps lunch, dn sblm tidur?

    klu sblm breakfast sy slalu ambl madu, pati delima, kurma dn kismis tp.semua ni ambl dlm jarak2 la.

    • Insyallah xde masalah sbb shaklee ibarat makanan berkhasiat je, cuma klu vit C, E dia ada tindak balas menetralkan kesan ubat/drugs so bg jarak 30 min

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*