Shaklee, Kesihatan, Kecantikkan dan Kebebasan Kewangan.

Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur kerana telah dibukakan hati untuk membenarkan minda saya dipengaruhi olih ilmu suplemen Shaklee. Sebelumnya banyak yang telah memperkenalkan berbagai-bagai jenama makanan kesihatan tapi hati belum berani menerima kerana tiada ilmu untuk menilai kualiti sesuatu suplimen so baik tak payah kerana saya bukan seorang Risk Taker, saya seorang yang penakut dan selalu berhati-hati dalam semua hal.

 

Seawal  usia 30an saya sudah mempunyai banyak tanda-tanda kekurangan vitamin berikutan setiap kali mengandung saya mempunyai alahan yang luarbiasa. Saya mengalami masalah gigi rapuh, muka pucat, kelesuan, cepat stress, tiada susu badan,  dan sakit badan yang serius. Tetapi semua itu bukanlah penyakit so tak kan nak pergi doktor ambik pain killer kan? I rasa  pain killer bukan la satu solusi. Semua kita pun tau pain killer akan merosakkan hati dan buah pinggang kan.

Masa tu saya rasa vitamin is the right solution tapi vitamin tu apa pulak ya, nampak macam ubat jugak, tapi saya tau ianya bukan ubat, itu pasti. Saya fikir kalau umur 30 dah macam ni, 50 nanti macamana pulak. Oh no! saya nak jadi wanita 50an yang sihat, yang cantik macam wanita-wanita di barat, di negara-negara maju, yang dipaparkan di tv dan majalah-majalah.

By education, saya memiliki Diploma in Quantity Suveying dan Degree in Building Surveying. Salah pilih kursus sebenarnya ni hehe..suka cantik-cantik tapi ambik industri pembinaan. Tapi tak apa…14 tahun melibatkan diri dibidang pembangunan, selepas tu bergiat dibidang fesyen (butik pakaian) diikuti seterusnya kesihatan dan kecantikkan menggunakan produk Jenama Suplemen No 1 di USA iaitu Shaklee.

 

Bagaimana Pilihan Saya Terhenti Di Shaklee?

Kebetulan beberapa bulan sebelum saya membuat keputusan untuk mengamalkan vitamin, ada kawan sepejabat mengatakan, kalau kita nak beli sesuatu produk MLM kita tengok apa produk pertama dia. Itulah kekuatan produk kompeni tersebut kerana R&D nya akan tertumpu disitu. Tips tersebut masuk diminda saya yang agak kritikal ini dan secara tak langsung itu menjadi panduan saya.

Jadi apabila saya dimaklumkan Shaklee adalah syarikat pertama mencipta vitamin di dunia dan namanya mengambil sempena nama pengasas nya Dr Forest C Shaklee seorang Chiropractor, yang percaya dengan konsep bertepatan dengan alam semulajadi dan mempraktikkan dalam penyediaan vitaminnya, saya terus tidak menoleh lagi tapi percaya this is what l am looking for…maka bermula lah kisah saya dan shaklee pada tahun 1997.

loose vit

Bermula hanya bercadang sebagai pengguna, akhirnya melibatkan diri dengan perniagaan kerana produk nampaknya ada permintaan yang baik dari keluarga, dari sahabat handai dan seterusnya keluarga sahabat dan seterusnya seterusnya.

Shaklee digelar Business That Refuse To Die, maknanya dah malas nak buat pun ada order lagi so kita sambung biz, best kan? Shaklee juga menyediakan program Cash, Car, Convention. Melalui biz ni saya dah capai semuanya: local, regional dan international convention, car program dan wang tunai. Hari ini ramai yang membuat pendapatan yang sangat lumayan melalui biz secara online Shaklee,

cash,car,trip

Kepada sesiapa yang berminat bolih hubungi saya untuk bimbingan dan sokongan kumpulan.

 

Kesihatan Dan Kecantikkan

Walaupun saya dari keturunan kedua ibubapa yang  berpenyakit, Alhamdulillah saya setakat ini, so far bebas dari sebarang penyakit. Ibu saya meninggal diusia 73 tahun, selepas berpuluh tahun mengidap darah tinggi, kencing manis, jantung, dialisis dan komplikasi jantung semasa didialisis dan akhirnya koma selepas seminggu dialisis tidak dapat dijalankan.

Arwah ibu saya juga terpaksa menjalani beberapa siri pembedahan kerana berbagai penyakit seperti buang rahim disebabkan fibroid, bisul kencing manis dsb.Segala makan minum penuh dengan pantang larang lagi, betul-betul makan untuk hidup, nikmat sedap semua tidak penting lagi.

Arwah abang pula meninggal ketika berumur 45 tahun setelah sebulan dipotong kaki akibat kencing manis. Kesemua adik beradik lain juga kini mengalami kencing manis yang agak tinggi kecuali saya dan adik bungsu. Perbezaan yang nyata ialah kami berdua berterusan mengamalkan Shaklee..

Satu lagi isu yang rasanya kaum hawa sangat suka mendengarnya ialah apabila orang meneka umur kita jauh lebih muda dari usia sebenar. Ramai tidak menyangka saya berumur 51 tahun…kebanyakkan menyatakan saya kelihatan  lebih muda sedikit dari usia sebenar. Alhamdulillah dengan izinNya jua, tapi rasanya tanpa usaha, ie pengambilan vitamin secara berdisiplin mustahil saya mampu memiliki seperti apa saya miliki sekarang. Tahap kecergasan saya kini lebih baik dari ketika saya berumur awal 30an.

Saya prihatin mendalami setiap produk yang saya makan dari a – z, dengan ini meningkatkan keyakinan saya terhadap apa yang saya perlukan dan apa yang berikan kepada sel-sel ditubuh saya. Dengan itu saya bolih membantu sedara-sedari mengenai maklumat produk.

Bercakap mengenai Shaklee, terlalu banyak yang ingin saya kongsikan tetapi cukuplah setakat ini dahulu, lnsyallah berjumpa di lain catitan.

Akhir kata saya harap perkongsian kisah saya ini dapat memberi manfaat serta panduan tentang keperluan makanan tambahan untuk kesihatan, kecantikkan dan awet muda dan peluang pendapatan tambahan dengan Shaklee.

Jazakallah.

call to action

 

 

 

One thought on “Shaklee, Kesihatan, Kecantikkan dan Kebebasan Kewangan.

  1. Pingback: Daftar Ahli Shaklee Dengan Penaja Yang Berwibawa - Ejaz Beauty Lounge

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*