Testimoni Shaklee – Alergik Teruk Hilang Dengan Alfalfa.

Testimoni Shaklee

Saya merupakan pengguna Shaklee sepenuh masa sejak 1997 dan telah membantu ramai ahli keluarga, kawan-kawan dan para pelanggan dalam penggunaan produk shaklee sebagai rawatan sampingan keatas masalah-masalah kesihatan mereka.

Saya sangat berpuas hati dengan hasil pelaburan saya selama ini keatas produk Shaklee, walaupun saya sekarang melepasi usia 50 tahun tetapi so far mempunyai tahap kesihatan yang amat baik, Alhamdulillah, walaupun dari keluarga yang berketurunan kencing manis dan lain-lain penyakit utama.

 

Shaklee juga tentunya membantu aging gracefully, menghadapi alam menopos tanpa disedari…lnsyallah

 

Dulu sebelum mengamalkan produk shaklee saya sering berasa kurang bertenaga dan stress walaupun jauh lebih muda iaitu seawal 25 tahun. Muka juga pucat dan kurang bermaya. Tapi kini Alhamdulillah pada usia 50an rasanya lebih kuat dan bertenaga dari usia 30an saya tanpa shaklee.

 

Satu lagi saya nak share ialah testimoni shaklee tentang allergi teruk anak sulung saya. Dari kecil beliau ni memang ada masalah alergi kepada seafood dan asma. Sewaktu tengah sesak nafas kerana asma memang saya bawa keklinik berdekatan untuk melegakan pernafasannya secara sertamerta.

 

Tetapi kita juga tahu ubat bersifat symtomatic. Ubat hanya berupa symtomatik. Sewaktu sakit ubat amat diperlukan kerana kesan segeranya, manakala supliment merawat sistem iaitu hingga kepunca masalah, untuk yang berpenyakit disarankan ubat dan suplimen untuk hasil yang terbaik. Jarakkan masa pengambilan keduanya lebih kurang 30 min.

 

Atas kesedaran ilmu suplemen ini saya memang selalu mengingatkan anak-anak dan suami untuk mengamalkan suplimen untuk kesihatan dan pencegahan penyakit. lslam turut mensarankan Mencegah adalah Lebih Baik dari Mengubati. Akhirnya tanpa disedari anak sulung saya tidak mengalami masalah alergik seafood dan juga asma lagi setakat ini

 

Tetapi dirumah saya ada memelihara beberapa ekor kucing, dan anak sulung saya yang tinggal berasingan dengan saya kerana masih belajar akan bersin tak berhenti-henti bila balik kerumah sehingga merah hidung dan muka alah kepada kucing mungkin…melihat bersin nya yang non-stop, saya mencadangkan beliau mengambil lima biji alfalfa dan sebiji vitalea dan minum segelas air.

 

alfalfa

Keesokkan hari apabila beliau bersiap-siap untuk balik, baru teringat…eh along tak bersin-bersin lagi? Tanya saya…a’ah ye…lepas makan alfalfa dan vitalea semalam terus ok katanya. Kami jadi sama-sama lupa pasal bersinnya. Jadi saya ingin lah mengesyorkan kepada sesipa yang mempunyai masalah yang sama ie alahan, boleh la mencuba apa yang telah saya kongsikan.

 

Lain kali saya akan kongsikan alahan gelgata anak ketiga saya pulak,fantastik. Sebarang pertanyaan atau sembang-sembang kesihatan cara shaklee, boleh lah menghubungi saya di hp atau email saya seperti yang tertera di website saya  dan saya akan berasa sangat gembira sekiranya dapat membantu berdasarkan pengalaman-pengalaman baik yang telah saya lalui.

 

contact me

4 thoughts on “Testimoni Shaklee – Alergik Teruk Hilang Dengan Alfalfa.

  1. Pingback: Alfalfa Shaklee- dibuat dari Raja Segala Pokok

  2. Pingback: Cara Makan Vitamin Shaklee Paling Berkesan. - Ejaz Beauty Lounge

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*