Tips Melancong Ke Korea

Tips Melancong Ke Korea

Assalam semua…

Saja nak share percutian kami ke Korea pada 17-23 Feb 2015 yang lalu sempena cuti panjang raya china…mungkin ada yang boleh dimanfaatkan.

Pergi dengan geng Itm dulu-dulu…dorang semua masih bekerja, big boss belaka, saya je yang bersara awal, bekerja cara saya sendiri…heee

Asalnya berlima dari dua keluarga jer, lepas tu dorang tanya saya nak join ke, since saya pon dah mula sihat dari pembedahan appendiks pecah tempohari, boleh la ikut dengan anak bungsu dan ada sorang lagi kawan pun join saya jugak dengan anak bungsunya jugak, bersembilan orang lah kami akhirnya.

Lebih ramai lebih jimat kos ground dan lebih meriah…tapi jangan terlalu ramai nanti susah jugak nak uruskan….untuk urusan ground kami memilih  Muslimtravelbug.com syarikat milik student Malaysia pelajar tahun akhir di Universiti Korea.

berlepas 1Suami dan anak lelaki tiket dorang sampai airport je..

 

Tips Melancong Ke Korea

Sesampai di Incheon Airport pada pagi 17 february, kami dijemput ke guest house yang terletak berdekatan Ehwa Womans University, antara kawasan street shopping yang popular – terus merayau sampai petang…padahal semalaman tak tidur, hrmm perempuan..

ewha 1 ewha 2

Suhu dalam 2°C, sesekali angin sejuk bertiup memang tak tahan…

breakfast nasi lemakIni kitchen guest house – breakfast, ada mokcik2 yang rajin masak, nasi lemak, spagheti…kuali tourist guide bagi pinjam, sambal itam dan sambal tumis ikan bilis di import khas dari Malaysia…hmmm lazat

 

Tips Melancong ke Korea

Antara tempat-tempat menarik yang kami pergi:

namsan hanok village

1 Namsan Hanok Village Juga dikenali “A Village of Traditional Houses in the Namsan Valley”

hongdae shopping area

2 Hongdae Shopping street

Itaewon MosqueItaewon Mosque ika n iman

3. Itaewon Mosque, diatas bukit tinggi dengan pemandangan nya menarik…dua orang budak ni sempat lawan kaki siapa lagi panjang

tunggu bas ke yongsan station

4 Menunggu bas di kawasan Ewha Womens University, pukul 7 pagi yang sedingin 2° C untuk ke Yongsan Station untuk naik train ITX ke Nami Island.

beratur naik feri

5 Beratur untuk menaiki feri ke Nami Island

dalam feri to nami

6 Dalam feri ke Nami lsland…kenapa tutup muka tu Ika Mustafa?

arrival nami nami pokok ber3 nami duduk ber3 nami ika nami nami b3

7 Nami Island – bergambar sakan masing-masing, pemandangan alam semulajadinya yang cantik, dikatakan lebih cantik lagi di musim bunga dan luruh.

Pada peminat siri Winter Sonata, pengambarannya di buat di pulau ini.

insadong lunch insadong

8 Insadong, kawasan terkenal untuk beli souvenirs dan makan tengahari.Gyeongbok palace3 Gyeongbok palace2 gyeongbokgung palace

9 Gyeongbok Palace Istana utama Dinasti Joseon, di bina pada tahun 1395, terletak di utara Seoul, Korea Selatan.

gwanghamun square sewol ferry tragedy

10 Gwanghamun Square – tuntutan supaya pemandu feri “Sewol Ferry Tragedy” dijatuhkan hukuman bunuh kerana banyak ciri-ciri tidak bertanggung-jawab penyebab kematian beratus-ratus pelajar sekolah ini, kami sempat menurunkan tanda-tangan tanda sokongan..

chenggeychon river stream

11 chenggeychon river stream

albabalbab2

12. Dinner @ Alchon- nama makanan albab, antara halal food

station busdlm bas susu pisangdlm bas ke gyeonggi-doyeoju premium outlet

13. naik bas gi yeoju premium outlet dkt gyeonggi-go. minum susu pisang paling famous kt korea

shinsegae

14. tgk show dkt shinsegae centum city

myeongdong shopping heaven

ttokbeokki spicy rice cake- street food street food

15. shopping dkt myeongdong- shopping heaven. street food tteokbokki(spicy rice cake) and hotteok (sweet korean pancake)

ikan bakar korea

16. Ikan Bakar di Sinchon

dlm train ke lotte world theme park

Lotte world theme park

17. Dalam train gi lotte world theme park. gmbr depan lotte world theme park.

namsan tower namsan tower2 locks namsan tower

18. Namsan Tower

incheon airport, nak blk msia, suhu -2 degrees

17. Incheon Airport…hari nak berangkat balik..

Tempat-tempat menarik yg tak sempat dilawati

 

everland.jpg 2

  • Jeju Island

jeju island

busan2

  • Gangnam Underground Shopping
  • Mount sorak
  • Jimjilbang (korean spa)
  • Ihwa mural village
  • Cat Cafe

cat cafe2

Nampaknyer banyak tempat-tempat menarik yang tak dapat cover haritu, macam nak kena pergi lagi, tapi musim bunga atau musim gugur pulak.

Seperti biasa my bff Shaklee Vitamin wajib ada, jadi walaupun pakej kami agak banyak turun naik train dan berjalan kaki, walau badan dah biasa manja, baru lepas dua bulan operation appendik pecah, tak de apa-apa masalah, no cramps, letih pulih segera dan semua ok lah…hehe, alhamdulillah.

4 thoughts on “Tips Melancong Ke Korea

  1. salam…..
    maaf tuan / puan saya tumpang share sikit di blog ini.
    saya agency pelancongan di bandung menyediakan kreta untuk city tour bandung, ada juga pakej hotel dan transpot selama 3malam 4hari dengan harga yang cukup berbaloi.
    untuk yang minat atau nak tanya pasal pakej bole contact

    wahtsap +6287821719271
    facebook brek.yahya19@gmail.com
    triptothebandung.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*