Tips Melancong Ke Vietnam 2014 Hebat Dengan BFF

Tips Melancong Ke Vietnam 2014 Hebat Dengan BFF

Bersama kawan-kawan dari Bandar Tun Husein Onn, melancong ke Vietnam pada 27 Mac-30 April 2014. Turut sama lka, anak no 5, 16 tahun , anak bongsu saya.

vietnam 3

 Hari pertama

Tips Melancong Ke Vietnam 2014 Hebat Dengan BFF

Puku 11:00 pagi menaiki bas ke KLIA, dari Bandar Tun Hussain Onn. Menaiki Mas perjalanan agak kasar semasa melepasi kepulan awan yang cantik. Perjalanan mengambil masa dalam 11/2 jam.

Gambar juga menunjukkan dari lapangan terbang Ho Chi Min menaiki bas ke Hotel Hoang Hai Long, berdekatan pasar Ben thanh.

Sebelum ke hotel, kami singgah makan di restoran halal milik hajah apaye… pernah mewakili negara vietnam ke musabaqah peringkat antara bangsa di Malaysia, masakan Thai, mewah dan lazat hidangannya, alhamdulillah.

Pengalaman Shopping Malam Hari Pertama

Sepatutnya acara bebas, tapi tourist guide kami, Shafie tetap menemankan kami memastikan kami okay semuanya. Kami hanya berjalan kaki ke pasar malam.

Memang seronok membeli-belah di sana kerana harganya yang murah berbanding di Malaysia. Saya hanya fokus pada baju kurung, tudung dan telekung.Memang tak cukup masa rasanye.

Tapi peniaganya masa malam pertama tu macam memaksa, terutama kalau kita dah mintak kurang, macam samseng jugak la,  jadi kami dinasihatkan kalau tak betul-betul minat jangan tawar harga pon.

Ada pulak yang offer kacang rebus tu pun jangan rasa nanti dia paksa beli dengan harga yang agak mahal, pandang pun jangan nanti kita kesian tapi dia ada geng kalau xbeli nanti geng datang macam samseng, saya dah kena, menyampah haha…lepas tu memang xlayan dah….

Sebab dah tau caranya, malam kedua dan seterusnya, membeli belah tidak menjadi masalah. Di pasar malam dan pasar Ben thanh, boleh guna duit Malaysia, tak perlu tukar duit sana, lebih murah dan kita lagi senang tak perlu nak kira bersamaan berapa rm.

Tips Melancong Ke Vietnam 2014 Hebat Dengan BFF

Hari Kedua kami dibawa melawat ke Cu Chi Tunnels, kagum dan terharu melihat ketabahan, kesusahan dan kreativiti tentera vietcong melawan kekejaman penjajah Amerika. Boleh klik di Cu Chi Tunnels untuk info lebih lanjut.

vietnam 2

Tips Melancong Ke Vietnam 2014 Hebat Dengan BFF

Hari ketiga Separuh Hari Di Sungai Mekongvietnam 1

Dalam perjalanan balik akan dibawa singgah ke beberapa tempat membeli baju, kain, tudung dan sebagainya yang popular dikunjungi, restoran Halal untuk malam tengahari dan malam yang lazat dan mewah.

Tips Melancong Ke Vietnam 2014 Hebat Dengan BFF

Hari ke empat pagi baru berpeluang pergi ke Pasar Ben Thanh yang amat popular. Pasarnya besar dan terdapat berbagai=bagai barangan, hmm memang rambang mata lah kat sini, tambahan masa diberi tak berapa panjang sebab dah nak bertolak balik ke airport.

Dalam perjalanan ke airport, kami singgah ke Istana lama, pejabat pos lama, dan penjara zaman penjajahan Amerika, dimana dapat melihat bagaimana rakyat Vietnam menjalani berbagai kezaliman tentera Amerika mengalahi siksaan teradap binatang.

vietnam 4

Mereka mengatakan Islam itu terrorist tetapi mereka lah terrorist yang sebenarnya, Memang ramai sangat pelancung ‘mat salleh’  berkunjung ke penjara lama ini. Mereka tentu boleh melihat siapa terrorist dunia sebenarnya dulu, kini dan selamanya.

vietnam 5

Kecatan berikut penggunaan senjata kimia keatas tentera vietcong masih berlaku, tak tau hingga ke berapa keturunan.

Tips Melancong Ke Vietnam 2014 Hebat Dengan BFF

Akhir sekali, biasa lah My BFF...vitamin shaklee…….sebab di sana memang akan banyak berjalan dan kurang tidur, banyak melawat tempat-tempat bersejarah dan shopping sakan juga, cuma disarankan shopping balik sebelum midnight, takut orang mabuk, gangster dsb dan keluar berkumpulan.

vitamin as bestfrens

vitamin box

Vitamin yang dicadangkan bila banyak kena berjalan dan bila ingin pergi melancong, buat haji dan umrah ialah:

1- Vitalea – Multivitamin multi mineral, untuk kesihatan menyeluruh dan tenaga dan tenaga.

2- Vitamin C 500mg, untuk kuatkan imuniti badan dan kesegaran walau kurang tidur

3- Osteomatrix, kalsium lengkap shaklee untuk kuatkan otot, mencegah krem dan sakit2 otot, kaki dan badan dan stabilkan degupan jantung.

4- B-complex, mengelak sakit kepala, badan dsb dengan melancarkan sistem saraf dan untuk beri tenaga.

5 – Joint Health Tablet – terutama yang dah berumur untuk mencegah masalah sendi.

6 – Alfalfa, untuk masalah angin,food poisoning dsb dan melawaskan pembuangan air, masalah yang biasa dihadapi ketika melancung.

Insyallah berasa segar dan bertenaga disana tempohari walaupun saya jenis yang kurang berjalan kaki di sini dan akan ke sana lagi awal Jun ini untuk shopping stok raya, sebagai perniagaan bermusim saya, Sesiapa berminat dengan baju kurung english cotton dengan atau tanpa labuci, kain elanya, telekong dsb, bolehlah membuat tempahan awal sementara stok masih ada.

Semoga ada serba sedikit manfaat dari perkongsian ini.

ibu

4 thoughts on “Tips Melancong Ke Vietnam 2014 Hebat Dengan BFF

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*